BERITA SEMASALUAR NEGARA

Eropah sedia aktifkan sekatan jika rundingan nuklear Iran gagal

NEW YORK – Perancis bersama Jerman dan United Kingdom, menyatakan kesediaan mengaktifkan semula sekatan ke atas Iran sekiranya rundingan nuklear gagal mencapai kemajuan.

Duta Perancis ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Jerome Bonnafont berkata, pihaknya bimbang dengan tempoh masa yang semakin suntuk menjelang tarikh luput Perjanjian Nuklear 2015 pada Oktober ini.

“Iran perlu kembali ke meja rundingan tanpa penangguhan. Penyelesaian diplomatik yang kukuh dan boleh disahkan mesti dicapai segera.

“Rundingan adalah satu-satunya jalan bagi memastikan Iran tidak membangunkan program senjata nuklear, terutama selepas Amerika Syarikat (AS) menyerang beberapa kemudahan nuklear di negara itu baru-baru ini.

“Jika tiada kemajuan menjelang musim panas, Perancis dan negara E3 bersedia mengaktifkan langkah sekatan melalui mekanisme snapback seperti diperuntukkan dalam Resolusi 2231,” katanya ketika berucap pada sesi Majlis Keselamatan PBB, semalam.

Sementara itu, Duta Britain ke PBB, Barbara Wood berkata, pihaknya akan terus menggunakan saluran diplomatik menyokong penyelesaian rundingan dan memastikan Iran kekal mematuhi komitmen antarabangsa.

Resolusi 2231 Majlis Keselamatan mengesahkan perjanjian nuklear Iran 2015 yang ditandatangani bersama E3, China, Rusia dan Amerika Syarikat, sebagai pertukaran kepada pengurangan sekatan ke atas Tehran.

Namun, perjanjian itu mula terjejas selepas Presiden Donald Trump menarik keluar AS daripada perjanjian berkenaan pada 2018.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button