Berita SemasaPM X

PM arah KPM cari 30,000 pelajar tercicir SPM 2022

CYBERJAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) telah diarahkan supaya mencari hampir 30,000 pelajar yang tercicir daripada menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kumpulan itu tidak boleh dibiarkan tercicir kerana majoriti merupakan golongan miskin.

Mereka seharusnya diberikan peluang kedua untuk menduduki semula SPM atau beralih ke Program Pusat Latihan Teknikal Dan Vokasional (TVET).

“Majoritinya desa dan miskin bandar. Majoriti Melayu dan sebahagian anak-anak India.

“Apa penyelesaian dia? Menunjukkan kelemehan masa itu. Saya beritahu Menteri Pendidikan harus tangani ini sebagai satu masalah yang kita warisi. Bagaimana menyelesaikannya? Saya minta Kementerian Pendidikan cari semula 30,000 itu.

“Kalau dia sedia ambil SPM kita beri dia peluang kedua. Kalau dia masuk TVET kita hantar dengan skim lebih baik. Kita tidak boleh biar begitu kerana majoriti 30,000 itu miskin,” tegas Perdana Menteri.

Beliau berkata demikan dalam program ‘Temu Anwar’ yang berlangsung di Universiti Malaysia Kelantan, hari ini.

Pada 13 Jun lalu Anwar menyindir bekas Menteri Pendidikan, Datuk Dr. Mohd. Radzi Md. Jidin berikutan seramai 30,000 pelajar direkodkan tidak menduduki peperiksaaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022.

Anwar berkata, perkara itu dimaklumkan Fadhlina yang meminta laporan dan kajian teliti untuk dilakukan berkaitan perkara terbabit.

Menurut Anwar, jumlah tersebut adalah membimbangkan dan merupakan masalah yang serius buat pendidikan negara.

Show More

Related Articles

Back to top button