Hiburan

Konsert sulung Kangen Band bakal gegar Zepp Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR – Penantian band popular Indonesia, Kangen Band untuk mengadakan konsert sulungnya di Malaysia akhirnya menjadi kenyataan selepas konsert mereka, Live in Kuala Lumpur Kangen Band: Kangen Pada Kenangan akan berlangsung pada 2 September hadapan di Zepp Kuala Lumpur.

Band yang dianggotai oleh oleh Andika (vokalis), Dodhy (gitaris), Tama (gitaris), Bebe (bass) dan Izzy (keyboard) berasa bersyukur kerana diberi peluang untuk bertemu peminat di Malaysia.

Menurut pemain gitar, Dodhy atau nama sebenarnya Dodi Hardiyanto, adalah satu penghormatan buat dirinya berada di pentas Malaysia sekaligus, menaikkan lagi semangat mereka untuk terus menghasilkan karya yang berkualiti buat para peminat.

Katanya, dia tidak kisah jika dibandingkan bersama band Indonesia yang lain yang sudah membuat konsert di sini malah dia bersyukur kerana masih diberi peluang untuk mengadakan konsert di sini, buat julung kalinya.

“Alhamdulillah, datang ke sini (Malaysia) saja adalah satu kebanggaan, ini merupakan negara terhormat. Kami tak boleh gambarkan kebahagiaan kami semasa sampai di sini, lagi-lagi bakal berada di pentas yang sangat istimewa.

“Penganjur, Purosangue Entertainment, pihaknya gembira dan bersyukur kerana buat julung kali berjaya membawa Kangen Band kembali ke Malaysia bagi mengadakan persembahan berskala besar,” katanya.

Dalam pada itu, Kangen Band juga bakal menyanyikan 12 buah lagu yang dicampur menerusi pelbagai judul album pada konsert tersebut.

Untuk rekod, Kangen Band ditubuhkan pada tahun 2005 dan tekenal dengan lagu- lagu hitnya seperti “Tentang Aku, Kau, dan Dia” dan “Pujaan Hati,”.

Harga tiket untuk menyaksikan Konsert Live In Kuala Lumpur Kangen Band: Kangen Pada Kenangan dijual pada harga RM4800 (VIP Box); RM355 (Diamond); RM305 (Platinum); dan RM255 (Gold).

Pembelian awal atau ‘early bird’ pula RM200 bermula 15 hingga 30 Jun ini.

Pembelian tiket boleh dibuat menerusi www.purosangue.live.

Show More

Related Articles

Back to top button