BERITA SEMASABISNES & EKONOMIPMX

Shell umum pelaburan tambahan lebih RM9 bilion di Malaysia – PM

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, syarikat tenaga global, Shell akan melabur lebih RM9 bilion di Malaysia dalam tempoh dua hingga tiga tahun akan datang.

Perkara itu diumumkan susulan pertemuan beliau bersama Ketua Pegawai Eksekutif Global Shell, Wael Sawan dan delegasi syarikat berkenaan di Parlimen semalam.

Anwar sempat mengadakan pertemuan bersama delegasi Global Shell diketuai Sawan.

“Shell bukan sekadar nama besar dalam dunia tenaga, tetapi telah menjadi rakan pelaburan utama negara dan sebahagian daripada perjalanan ekonomi Malaysia sejak sekian lama,” kata Perdana Menteri dalam satu hantaran di Facebook.

Menurut Anwar, pertemuan itu dimanfaatkan untuk berkongsi pendekatan strategik Kerajaan MADANI dalam menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan yang stabil, mampan dan berdaya tahan.

Tambah beliau, pelaburan besar Shell itu mencerminkan keyakinan berterusan pelabur antarabangsa terhadap dasar ekonomi negara serta kepimpinan semasa.

“Pelaburan ini adalah manifestasi keyakinan terhadap dasar ekonomi kita yang teguh dan kepimpinan yang jelas. Insya-Allah, Malaysia mampu terus melakar masa depan yang makmur dan berdaya saing,” ujarnya.

Katanya lagi, pelaburan tersebut dijangka mencipta banyak peluang pekerjaan berkemahiran tinggi, sekali gus memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai hab tenaga serantau.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button