Nahas Air India: Tiada mangsa terselamat
AHMEDABAD – Tiada mangsa yang terselamat dalam insiden nahas pesawat Air India AI-171 yang terhempas sejurus berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Ahmedabad, hari ini.
Pesuruhjaya Polis Ahmedabad, Gyanendra Singh Malik turut berkata, “beberapa penduduk tempatan juga mungkin terkorban” dalam nahas yang berlaku siang tadi.
Difahamkan, pesawat tersebut jatuh terhempas ke bangunan kolej perubatan yang menempatkan petugas kesihatan di hospital berdekatan.
Gyanendra Singh menambah, pasukan penyelamat sedang menjalankan operasi di kawasan nahas dan sudah menemukan 204 jasad setakat ini, lapor Al-Jazeera.
Sementara itu pihak Air India ketika mengesahkan nahas itu berkata, pesawat itu membawa 230 penumpang dan 12 anak kapal dan sedang dalam perjalanan ke Gatwick, London.
Menurut syarikat itu lagi, para penumpang terdiri daripada 139 warga India, 53 British, tujuh warga Portugal dan satu warga Kanada.
Menurut warganet, antara penumpang yang menaiki pesawat malang itu termasuk bekas Ketua Menteri Gujarat, Vijay Rupani, bagaimanapun maklumat itu masih belum disahkan pihak berkuasa.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








