BERITA SEMASADALAM NEGERI

Nahas bas UPSI: KPT terima cadangan elak perjalanan pelajar waktu malam

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menerima pelbagai cadangan penambahbaikan bagi mengelak nahas yang meragut 15 nyawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) awal pagi semalam berulang.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, berkata antara cadangan yang diterima termasuk memastikan perjalanan pelajar universiti dibuat pada waktu siang dan bukannya pada waktu malam.

“Semua aspek perlu tengok ada juga yang syorkan perjalanan (pelajar pulang ke kampus atau balik ke kampung) hanya dibuat pada waktu siang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi taklimat bersama ketua editor serta pengarang media pada sesi ‘Luncheon Talk With Editors’ Sempena Program Kepengerusian Asean-Malaysia 2025 KPT, di sini hari ini.

Semalam, Zambry dilaporan berkata, pihaknya akan mengkaji prosedur operasi standard (SOP) sewaan bas khusunya membabitkan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT).

Baca juga : KPT salur bantuan segera RM2,000 kepada waris mangsa nahas bas UPSI P

Dalam kejadian awal pagi semalam, seramai 15 pelajar UPSI terkorban dalam kemalangan bas sewa khas di Kilometer 53, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB), berhampiran Tasik Banding, Gerik.

Mengulas lanjut, Zambry berkata, pihaknya juga telah mengadakan perbincangan dengan Kementerian Pengangkutan, dengan beberapa aspek keselamatan akan diteliti semula.

“Kita lihat secara keseluruhan sebab ramai yang bagi pandangan yang agak baik termasuk daripada sudut kenderaan, pergerakan pelajar dan sebagainya,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button