JENAYAH & MAHKAMAH

Pelajar didakwa cekik rakan sekelas digantung sekolah

KUALA LUMPUR – Seorang pelajar lelaki di sebuah sekolah menengah di Cheras digantung persekolahan setelah dipercayai mencekik dan melakukan provokasi lisan terhadap rakan sekelas, April lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu 16 April lalu membabitkan mangsa dan suspek yang juga pelajar lelaki Tingkatan Satu.

“Insiden berlaku di hadapan koperasi sekolah yang disyaki berpunca daripada perselisihan faham tempat duduk kantin antara mangsa dan suspek yang juga pelajar lelaki Tingkatan Satu.

“Suspek bertindak mencekik leher mangsa dari arah belakang serta melakukan provokasi lisan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambahnya, akibat kejadian itu, mangsa telah dirujuk ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Cheras untuk pemeriksaan lanjut pada hari sama.

Mohd Rosdi berkata, tindakan disiplin termasuk gantung sekolah terhadap suspek diambil selepas mesyuarat jawatankuasa tiga pihak melibatkan polis, pihak sekolah dan penjaga pada 20 April lalu.

Terdahulu, seorang pengguna akaun Threads berkongsi kejadian buli membabitkan anaknya di sekolah berkenaan dan tidak berpuas hati dengan hukuman dikenakan terhadap pelajar itu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button