Sekatan kandungan anti kerajaan : India nafi ancam tutup Twitter
WASHINGTON — India mengancam untuk menutup aplikasi Twitter di negara itu sekiranya gagal mematuhi syarat-syarat tapisan seperti ditetapkan bagi mengekang kandungan berkait protes petani yang berlaku antara tahun 2020 dan 2021.
Pengasas Twitter, Jack Dorsey mendakwa, arahan itu bagaimanapun telah dinafikan oleh kerajaan India dengan menyifatkan dakwaannya itu sebagai satu pembohongan untuk menutup tindakan berkepentingan politik itu.
Katanya, kerajaan India mengancam untuk menutup syarikat itu dan melakukan serbuan ke atas kakitangan Twitter di India sekiranya gagal menyekat kandungan dan akaun yang mengkritik kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Narendra Modi.
“Kami mengandaikan akan menutup Twitter di India, yang merupakan pasaran sangat besar untuk kami.
“Dan ini adalah India, sebuah negara yang menegakkan demokrasi,” kata Dorsey dalam rancangan berita YouTube, Breaking Points.
Dalam kenyataan Menteri Teknologi Maklumat India, Rajeev Chandraskhar sebelum ini, Dorsey dituduh melakukan pembohongan dan mendakwa Twitter telah berkali-kali melanggar undang-undang negara itu.
“Tiada sesiapa yang dipenjarakan mahupun Twitter ‘ditutup’. ‘Rejim Twitter Dorsey’ menghadapi masalah menerima kedaulatan undang-undang India.
“Dia berkelakuan seolah-olah negara ini tidak ada undang-undang,” katanya dalam satu hantaran di Twitter.
Sebelum ini, kerajaan Perdana Menteri Narendra Modi telah berulang kali menafikan terlibat dalam penapisan berkait dengan protes kumpulan petani yang menjadi bantahan terbesar terhadap kerajaan Modi.
Para petani menamatkan protes pada akhir 2021 selepas memenangi konsesi.
Sementara itu, Dorsey berkata, India menduduki tangga ke empat di dunia dalam senarai negara yang paling kerap mendesak Twitter mengawal kandungan awam melalui kerajaan.
Katanya semasa protes berlangsung beberapa tahun lalu, kerajaan Modi meminta ‘sekatan kecemasan’ kepada tanda palang “provokatif” Twitter “#ModiPlanningFarmerGenocide” dan berpuluh-puluh akaun.
Twitter pada mulanya mematuhi tetapi kemudian mengembalikan akaun berkenaan dengan alasan tiada justifikasi yang memadai untuk meneruskan penggantungan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |













