BERITA SEMASA

MyKiosk bukan gajah putih – Kor Ming

PUTRAJAYA – Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Nga Kor Ming menegaskan projek MyKiosk di bawah seliaan kementeriannya bukanlah projek ‘gajah putih’ seperti yang didakwa sesetengah pihak.

Menurutnya, dakwaan kononnya projek itu diarah untuk dihentikan dalam masa sebulan adalah tidak benar dan tidak berasas.

“Kebanyakannya telah ditumpukan, hanya beberapa kiosk yang masih belum digunakan sepenuhnya.

“Malah Jabatan Kerajaan Tempatan telah mengeluarkan arahan supaya semua 7,000 kiosk MyKiosk di seluruh negara akan diisi penuh dalam masa terdekat,” katanya.

Tambah beliau, projek MyKiosk mendapat permintaan tinggi kerana ia dibangunkan berdasarkan permohonan daripada pihak berkuasa tempatan yang menerima permintaan berterusan daripada penjaja dan peniaga kecil.

“Ramai peniaga kecil yang sebelum ini berniaga secara haram di tepi jalan, kini kita bantu halalkan mereka melalui MyKiosk.

“Mereka tidak dikenakan sewa selama enam bulan pertama dan selepas itu hanya RM10 sehari,” katanya lagi.

Kor Ming turut berkongsi kisah kejayaan seorang penjaja ayam goreng yang kini meraih keuntungan mencecah RM30,000 sebulan hasil perniagaan di MyKiosk.

“Pendapatan beliau lebih tinggi daripada saya. Inilah bukti bahawa projek ini memberi impak langsung kepada kehidupan rakyat,” ujarnya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button