Tidak sampai 36 jam, sumbangan pembelian tanah Masjid Ar-Ridzuan cecah hampir RM2 juta
KUALA LUMPUR – Tidak sampai 36 jam, sumbangan oleh orang ramai yang dikumpul oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Multiracial Reverted Muslims (MRM) untuk pembelian tanah Masjid Ar-Ridzuan, Alor Pongsu, Perak telah mencecah hampir RM2 juta.
Menurut Presiden MRM, Firdaus Wong, susulan itu pihaknya telah menutup tabung kutipan untuk pembelian tanah itu.
“Alhamdulilah. Alhamdulilah. Allahuakbar. Sumbangan untuk pembelian tanah Masjid Ar-Ridzuan, Alor Pongsu ditutup secara rasmi selepas berjaya mengumpul sebanyak RM1,977,482.20 setakat 8.30 malam hari ini dalam masa kurang dari 36 jam selepas dilancarkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Dalam pada itu, katanya, pihaknya juga akan mendapatkan khidmat peguam untuk membantu pihak masjid dalam rundingan dan isu yang mungkin berbangkit nanti.
“Kita umat Islam telah berjaya membuktikan bahawa kita bermaruah dan kita mampu bersatu, jika kita mahu! Allahuakbar.
“Jazakumullahu khairan kepada semua media dan semua sahabat-sahabat yang sama-sama berusaha menguar-uarkan sehingga kita semua berjaya melepasi sasaran RM1.8 juta,” katanya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







