BERITA SEMASA

‘Saya hanya akan ulas setelah betul-betul faham, dapat maklumat tepat’ – Firdaus Wong

CYBERJAYA – Pendakwah, Firdaus Wong mengakui hanya akan mengulas mengenai sesuatu isu setelah beliau betul-betul memahami dan mempunyai maklumat yang tepat sebelum memberikan sebarang komen.

Beliau dalam hantaran di Threads berkata, beliau hanya tampil bersuara mengenai isu seorang pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) yang didakwa memijak al-Quran selepas seminggu setelah mempunyai maklumat tepat.

“Pertama, saya tahu isu itu tetapi tidak mendalam. Apabila saya tiada masa untuk mengkaji lebih mendalam, saya lebih rela berdiam dari menulis sebagaimana sabda Nabi, berkata baik ataupun diam,” katanya.

Jelas beliau, isu tersebut hanya sempat diteliti dengan lebih terperinci tengah malam semalam sebelum membuat kenyataan terbuka.

BACA JUGA:
Individu bakal didakwa kerana pijak al-Quran dipercayai peluk Islam April tahun lepas

Tanbahnya, selepas membaca butiran peribadi individu dikenali sebagai Vikneswaran yang dikongsikan oleh netizen barulah dia mendapati maklumat tersebut adalah sama sepenuhnya termasuk nombor telefon.

Dalam hantaran susulan, Firdaus turut menjelaskan kekangan masa yang dihadapinya kebelakangan ini adalah kerana menguruskan isu kuil haram, rampasan reruai oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) serta komitmen terhadap perniagaan menyebabkan dia terlepas pandang akan isu tersebut.

“Ketiga dan mungkin terpenting, saya bukan jenis ‘done enter the scene’ dan gelojoh nak ulas semua isu seperti sesetengah pihak.

“Sosial media adalah platform aktivisme saya dam saya perlu menulis dengan tanggungjawab dan berfakta bukan jenis janji hentam dan ada engagement sahaja,” jelasnya lagi.

Terdahulu, Firdaus medakwa bahawa individu tersebut merupakan seorang mualaf dan sering berhubung rapat dengannya.

Bagaimanapun, terdapat pertikaian dalam kalangan netizen terhadap tindakannya yang didakwa hanya menulis tentang hal berkenaan selepas seminggu kes tersebut tular.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button