BERITA SEMASA

Isu Jalur Gemilang: Ketua Pengarang Sin Chew, timbalannya digantung tugas

KUALA LUMPUR – Sin Chew Daily bertindak menggantung tugas Ketua Pengarang dan Timbalan Ketua Pengarangnya serta-merta susulan insiden paparan Jalur Gemilang tanpa bulan sabit di muka hadapan akhbar berkenaan.

Sin Chew Daily dalam kenyataan, memaklumkan keputusan itu dibuat atas prinsip kebertanggungjawaban.

“Keputusan berkenaan berkuat kuasa serta-merta dan akan diteruskan sehingga siasatan polis berhubung perkara terbabit selesai,” katanya memetik laporan Harian Metro hari ini.

Kelmarin tular di media sosial mengenai ilustrasi Jalur Gemilang yang diletakkan bersebelahan bendera China tidak lengkap apabila tidak diletakkan bulan sabit.

Kesilapan itu menimbulkan kemarahan dalam kalangan rakyat Malaysia dan menyifatkan akhbar tersebut sebagai tidak peka.

Dalam pada itu, akhbar berbahasa Cina itu tampil memohon maaf atas kesalahan memaparkan ilustrasi Jalur Gemilang yang tidak lengkap tanpa bulan sabit pada muka hadapan akhbar itu.

Dalam satu kenyataan, agensi media berkenaan menjelaskan bulan sabit tidak kelihatan dalam ilustrasi berkenaan disebabkan kesilapan teknikal yang tidak disengajakan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button