Insiden Putra Heights: SPNB bina semula 81 kediaman musnah
SUBANG JAYA – Kesemua 81 kediaman yang musnah sepenuhnya dalam insiden kebakaran akibat letupan dan saluran paip gas di Putra Heights, akan dibina semula Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) dengan kos dibiayai kerajaan.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif SPNB, Mohd Jamil Idris, pecahan kediaman yang musnah membabitkan 48 unit kediaman di Taman Putra Harmoni, manakala 33 lagi di Kampung Kuala Sungai Baru.
Jelas beliau, pembinaan semula itu dilaksanakan menerusi Pelan Tindakan Pemulihan dan Pembinaan Semula yang diumumkan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming semalam.
Bagaimanapun, model kediaman yang akan dibina semula itu masih belum dimuktamadkan.
“Apabila kajian penuh SPNB dikeluarkan minggu depan, sebelum pelaksanaan dimulakan kami akan berjumpa dengan pemilik rumah atau tuan tanah terlebih dahulu.
“Pertemuan itu bagi mendapatkan persetujuan mereka (penduduk dan pemilik rumah) sama ada mereka bersetuju atau tidak dengan cadangan pembinaan semula itu,” katanya.
Setakat ini, tiga mesyuarat pengurusan bersama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) serta agensi terbabit sudah diadakan, selain beberapa siri lawatan ke lokasi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








