Pengawal keselamatan saksi utama kejadian letupan dikenal pasti
SUBANG JAYA – Seorang pengawal keselamatan dikenal pasti sebagai saksi utama yang dapat memberi maklumat dalam insiden letupan saluran paip gas di Putra Heights, di sini.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, individu tersebut berada di bangunan rumah kedai yang sedang dibina pada jarak 30 meter dari pusat letupan ketika kejadian berlaku.

“Saksi tersebut juga cedera dan polis sedang mengumpul maklumat serta keterangan daripadanya.
“Ini bagi mengetahui sebarang aktiviti bakar, mengorek atau lain-lain aktiviti yang boleh mencetuskan letupan itu,” katanya pada sidang media berhampiran lokasi kejadian petang tadi.
Hussein menjelaskan, secara keseluruhan, sebanyak 56 individu telah dirakam percakapan oleh pihak polis.
“Mereka terdiri daripada mangsa yang melihat atau berada di tempat kejadian, pihak kontraktor dan pekerja di kawasan tersebut,” katanya.
Selain itu, beliau memberitahu pihaknya turut menerima klip video dan rakaman kamera papan pemuka (dahscam) dari sosial media dan saksi-saksi bebas sebanyak 20 kesemuanya.
“Separuh daripadanya telah disiasat dan menerusinya kita jumpa saksi-saksi ini.
“Saya seru orang ramai yang mempunyai maklumat, gambar dan video menyerahkannya kepada polis untuk siasatan lanjut,” katanya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |













