BERITA SEMASA

Lokasi ekskavator dikenalpasti, korekan selepas siasatan paip selesai

SUBANG JAYA – Sebuah jentera pengorek (ekskavator) yang dipercayai tertanam di lokasi letupan paip gas di Putra Heights di sini berjaya dikesan namun kerja membawa keluar sisa jentera tersebut hanya akan dijalankan setelah siasatan ke atas spesimen paip di situ selesai.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, penggunaan radar bawah tanah telah membantu pihak berkuasa mengesan lokasi sebenar jentera pengorek tersebut yang dipercayai berada di luar kawasan penggalian utama pada masa ini.

“Dari segi lokasi, kita sudah tahu di mana kedudukan jentera pengorek tersebut. Namun, kami tidak dapat melakukan korekan di kawasan tersebut buat masa ini kerana ia boleh mengganggu kerja-kerja siasatan yang sedang dijalankan di lokasi utama,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Menurut Hussein, kerja pengorekan di kawasan utama kini hampir selesai dan jentera berkenaan dijangka akan dikeluarkan tidak lama lagi.

“Sekarang ini, kami tidak boleh mengoreknya serentak kerana ia boleh mengganggu keselamatan dan proses siasatan.

“Setelah semua kerja berkaitan paip selesai, kami akan melakukan korekan di kawasan tersebut untuk memastikan jentera pengorek itu benar-benar ada di situ,” tambahnya.

Siasatan berterusan itu turut melibatkan beberapa agensi teknikal yang menggunakan teknologi radar bawah tanah dan pemetaan geosains untuk mengesan objek tersembunyi di bawah permukaan tanah.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button