Berita Semasa

Hasanuddin dilantik Yang Dipertua YADIM baharu

PUTRAJAYA – Bekas Ahli Parlimen Hulu Langat, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus dilantik sebagai Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) yang baharu.

Menurut YADIM dalam satu kenyataan, pelantikan itu telah dipersetujui oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Pada masa yang sama, Profesor Madya Dr Adi Anuar Azmin @ Che Wan pula dilantik sebagai Timbalan Yang Dipertua bagi badan dakwah ini.

“Lantikan bagi kedua jawatan bukan eksekutif ini berkuatkuasa pada 3 Mei 2023,” katanya.

Menurutnya lagi, Hasanuddin berpengalaman luas dalam bidang pengurusan dan hal ehwal masyarakat, sesuai dengan gerak kerja YADIM yang akan melibatkan dakwah kepada orang ramai.

Selain itu, katanya, beliau juga sebelum ini aktif dalam aktiviti kemasyarakatan selain terlibat dengan badan badan bukan kerajaan.

“Profesor Madya Dr Adi Anuar pula merupakan pensyarah kanan di Universiti Malaysia Perlis yang bertugas di Fakulti Perniagaan dan Komunikasi.

“Sesuai dengan penglibatan beliau dalam bidang pendidikan, lantikan ini akan membantu YADIM dalam melahirkan daie daie muda muda dakwah di negara ini.

“YADIM percaya dengan pengalaman dan kepimpinan dua tokoh ini akan meningkatkan kemampuannya sebagai badan dakwah yang menyebar nilai nilai murni Islam dengan Rahmah sesuai dengan aspirasi Malaysia sebagai sebuah negara Madani,” ujarnya.

Show More

Related Articles

Back to top button