BERITA SEMASA

UNGA lulus konvensyen PBB menentang jenayah siber

NEW YORK – Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) meluluskan Konvensyen PBB Menentang Jenayah Siber, satu perjanjian bersejarah yang bertujuan memperkukuh kerjasama antarabangsa dalam memerangi jenayah siber.

Menurut kenyataan PBB, konvensyen itu merupakan perjanjian keadilan jenayah antarabangsa pertama yang dirundingkan dalam tempoh lebih 20 tahun dengan matlamat menangani kesan penyalahgunaan teknologi maklumat dan komunikasi yang semakin meluas.

“Konvensyen itu mengakui risiko jenayah siber yang boleh berlaku pada skala, kelajuan dan skop yang belum pernah terjadi sebelum ini,” memetik laporan Buletin TV3.

Dokumen tersebut memberi tumpuan kepada perlindungan terhadap jenayah seperti keganasan, pemerdagangan manusia, penyeludupan dadah dan jenayah kewangan dalam talian.

Ia turut menekankan kesan buruk jenayah siber terhadap negara, syarikat dan masyarakat, termasuk memberi perhatian khusus kepada mangsa, terutama golongan terdedah.

Perjanjian itu menggariskan keperluan untuk meningkatkan bantuan teknikal, pembinaan kapasiti dan kerjasama antara negara bagi memerangi jenayah siber secara berkesan.

Konvensyen tersebut akan dibuka untuk ditandatangani pada satu majlis rasmi di Hanoi, Vietnam, tahun depan.

Ia akan berkuat kuasa 90 hari selepas mendapat ratifikasi daripada 40 negara penandatangan.

Penggubalan perjanjian itu disifatkan sebagai langkah penting dalam menangani ancaman jenayah siber yang semakin meruncing, sekali gus memperkukuh usaha keadilan global.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button