Berita Semasa

Khaled Nordin tiba di Laos, hadiri mesyuarat ADMM

VIENTIANE – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin tiba di Laos hari ini bagi menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) ke-18 dan ADMM-Plus ke-11 yang akan berlangsung selama dua hari bermula esok.

Beliau berkata, ketibaannya di negara itu disambut oleh Ketua Jeneral Bahagian Teknikal Tentera Laos, Chomphet Xayasouk dan Duta Besar Malaysia ke Laos, Edi Irwan Mahmud.

“Semasa ADMM dan ADMM-Plus ini, akan turut berlangsungnya Commemorative Ceremony of 50th Anniversary of ASEAN-Australia dan 35th Anniversary of ASEAN-Republic of Korea Dialogue Relations, dan ASEAN-China dan ASEAN-US Defence Ministers’ Informal Meeting.

“Ruang semasa ADMM dan ADMM Plus ini saya gunakan untuk mengadakan pertemuan bilateral bersama beberapa rakan sejawat dan pemimpin tertinggi dari Laos, Thailand, India, China, New Zealand, Rusia dan Sekretariat ASEAN,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, pada hari terakhir, akan berlangsungnya Chairmanship Handover Ceremony kepada Malaysia sebagai simbolik serahan tugas Pengerusi ADMM dan ASEAN tahun hadapan.

“Insya-Allah saya akan terus membawa isu, pandangan dan pendirian Malaysia dalam soal pertahanan semasa mesyuarat dan pertemuan ini, dan pada masa yang sama, membuat persediaan untuk mengambil alih Kepengerusian ASEAN dari Laos pada tahun hadapan,” katanya.

 

Show More

Related Articles

Back to top button