Tun Mahathir sebak pemergian Tun Daim
KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad meluahkan kesedihan atas pemergian sahabat baiknya Tun Daim Zainuddin yang meninggal dunia pagi tadi.
Pemergian Daim merupakan satu kehilangan besar buat negara.
Tun Mahathir berkata, beliau kehilangan sahabat yang sama berjuang untuk bangsa, negara dan agama. Kesedihan tidak terhingga.
“Saya amat kecewa terhadap layanan yang diterima oleh Daim pada penghujung hayatnya,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebook hari ini.
Tun Mahathir berkata, sepatutnya dia disanjung kerana sumbangannya kepada perjuangan, tetapi di akhir hayatnya dia diherdik tanpa sebab dan kerana dendam,”
“Saya hanya mampu berdoa agar Allah memberikan keadilan kepada Daim dan menempatkannya dalam kalangan pejuang yang berjasa. Akan kita bersama kembali di masa tertentu,” katanya lagi.
Tun Daim Zainuddin dikenang sebagai tokoh penting yang pernah menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara ketika memegang jawatan Menteri Kewangan.
Pemergiannya meninggalkan kesan mendalam kepada ramai pihak terutama mereka yang mengenang jasanya.