PMXBERITA SEMASA

PM bawa mandat suara rakyat Malaysia ke Sidang Kemuncak Arab-Islam

RIYAADH – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selamat tiba di Riyadh, Arab Saudi bagi menghadiri Sidang Kemuncak Luar Biasa Arab dan Islam hari ini.

Ketibaan Perdana Menteri disambut Timbalan Gabenor Wilayah Riyadh, Putera Mahkota Mohammed bin Abdulrahman bin Abdulaziz, serta Datuk Bandar Wilayah Riyadh, Dr. Faisal bin Abdulaziz bin Ayyaf.

Anwar akan mewakili Malaysia dalam Sidang Kemuncak Bersama Tergempar Negara-Negara Arab dan Islam di Riyadh, Arab Saudi.

Perdana Menteri dijangkan membawa usul menghentikan kekejaman Israel terhadap Palestin dan menyampaikan suara serta harapan negara di pentas antarabangsa dalam sidang kemuncak ini yang juga akan membincangkan isu-isu kritikal melibatkan negara-negara Islam.

“Insya-Allah, pentas itu akan digunakan seluas-luasnya bagi memperjuangkan suara warga Palestin dan Lubnan yang menjadi mangsa kekejaman genosid berterusan rejim Zionis Israel.

“Moga obor perjuangan terus menyala tanda solidariti dan kebersamaan untuk semua umat Islam seluruh dunia,’’ katanya di Facebook rasmi beliau hari ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button