BERITA SEMASA

Pelajar kolej terkejut jumpa rakan sekuliah meninggal dunia di bilik

KEMAMAN – Seorang pelajar kolej swasta di sini ditemukan meninggal dunia di bilik asramanya, semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan jasad pelajar itu ditemukan rakan sebiliknya yang baharu pulang pada pukul 5.41 petang.

“Rakan sebilik mangsa menemukan jasad itu, seorang pelajar lelaki berusia 20 tahun yang berasal dari Selangor.

“Dia kemudiannya memanggil rakan-rakan lain untuk memohon bantuan,” katanya hari ini.

Siasatan awal mendapati, mangsa telah meninggal dunia kira-kira 12 jam sebelum jasadnya ditemukan.

Hanyan menambah, berdasarkan semakan rekod kesihatan, mangsa tidak menghidap sebarang penyakit.

Beliau kemudiannya berkata, jasad mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman di sini untuk tindakan lanjut dan kes diklasifikasi sebagai kematian mengejut (SDR).

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button