JENAYAH & MAHKAMAH

Polis siasat kematian pegawai VAT 69 ketika latihan menyelam

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menjalankan siasatan terperinci bagi mengenal pasti punca kejadian yang menyebabkan kematian pegawai Unit VAT 69 Komando, Inspektor Khairil Azhar Kamaruddin ketika menjalani latihan menyelam di perairan Pulau Mataking, Semporna, Sabah hari ini.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, siasatan akan menjurus kepada beberapa faktor termasuk penilaian terhadap prosedur latihan, penggunaan peralatan, serta faktor kesihatan dan keselamatan, selaras dengan peraturan dan tatacara operasi standard yang ditetapkan.

“PDRM mengesahkan bahawa seorang pegawai Unit VAT 69 Komando telah meninggal dunia semasa menjalani latihan menyelam.

“Pegawai berkenaan telah diberikan bantuan kecemasan dan rawatan awal di lokasi kejadian sebelum dibawa ke Hospital Semporna untuk rawatan lanjut, bagaimanapun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan perubatan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mohd Khalid berkata seluruh warga PDRM merakamkan ucapan takziah dan simpati yang mendalam kepada keluarga Allahyarham dan mendoakan semoga keluarganya diberi ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi kehilangan berkenaan.

Terdahulu, seorang pegawai kanan Unit VAT 69 Komando PDRM dilaporkan meninggal dunia selepas tidak sedarkan diri ketika menjalani latihan menyelam di perairan Pulau Mataking, Semporna, Sabah, pagi tadi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button