Sukan

Cedera lutut: BAM sedia bantu Ng Qi Xuan jalani rawatan pemulihan

KUALA LUMPUR – Persatuan Badminton Malaysia (BAM) bersedia menawarkan bantuan bagi menjalani rawatan pemulihan kepada pemain profesional beregu wanita, Ng Qi Xuan susulan kecederaan lutut yang dialaminya dalam Kejohanan Badminton Malaysia Super 100 minggu lalu.

Setiausaha Agung BAM, Datuk Kenny Goh berkata, walaupun pemain berusia 25 tahun itu merupakan pemain profesional, dia tetap seorang pemain Malaysia dan pernah bernaung di bawah badan induk tersebut.

“Ya, kami telah mengadakan perbincangan dalaman tentang cara kami dapat membantunya. Kami sedia membantu jika dia ingin menjalani rawatan pemulihan, tetapi mungkin dia boleh melakukannya di di Akademi Badminton Malaysia (ABM),” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, Kenny berkata, BAM masih menunggu pengesahan lanjut daripada pihak hospital.

“Saya juga telah berbincang dengan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh yang juga telah menawarkan bantuan seberapa yang boleh,” katanya.

Menurut Hannah, pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Institut Sukan Negara (ISN) akan menyediakan bantuan dan keperluannya.

“Saya meminta ISN untuk berhubung dengan keluarga Qi Xuan dan menawarkan perkhidmatan yang ada untuk membantu dia,” katanya.

Selepas menjalani ujian pengimejan resonans magnetic (MRI) Qi Xuan disahkan mengalami empat kecederaan serius iaitu anterior cruciate ligament (ACL), posterior cruciate ligament (PCL), medical collateral ligament (MCL) dan lateral collateral ligament (LCL) serta sedikit retakan tulang.

Show More

Related Articles

Back to top button