
Dr. Muhammad Radzi dilantik Ketua Pengarah Kesihatan baharu
PETALING JAYA – Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan dan Sokongan Teknikal), Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan dilantik sebagai Ketua Pengarah Kesihatan baharu berkuat kuasa pada 21 April lalu.
Lantikan beliau adalah bagi menggantikan Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah yang bersara pada Jumaat lalu.
Menurut Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa, pelantikan Dr. Muhammad Radzi berdasarkan kelayakan dan pengalaman luasnya dalam bidang perkhidmatan kesihatan.
“Beliau pernah berkhidmat sebagai Ketua Jabatan Perubatan di Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah, Ketua Penyelaras Perubatan Negeri Kedah dan Ketua Pusat Penyelidikan Klinikal Kedah.
“Dr. Muhammad Radzi pernah dilantik sebagai Ketua Perkhidmatan Gastroenterologi dan Hepatologi serta menjadi pengerusi pentauliahan bidang kepakaran ini dari 2013 sehingga 2021,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Tambah Dr. Zaliha, beliau yakin dengan pengalaman, pengetahuan dan kepakaran serta kredibiliti Dr. Muhammad Radzi mampu memberi khidmat yang terbaik dan menjadi rakan pasukan bersamanya dalam memastikan matlamat serta agenda reformasi kesihatan negara dilaksanakan secara menyeluruh.
“Ia selaras dengan Kertas Putih Kesihatan yang sedang dibangunkan agar masyarakat Malaysia Madani dapat terus menikmati perkhidmatan kesihatan yang komprehensif, berkualiti serta mapan,” katanya lagi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |





















