BERITA SEMASA

Bilik kucing TPM terbakar

KUALA LUMPUR – Sebuah bilik yang menempatkan kucing milik Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di kediaman Timbalan Perdana Menteri di Country Heights, Kajang, terbakar hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Morni Mamat, berkata kebakaran membabitkan sebuah bilik berukuran 20 x 20 kaki persegi di banglo dua tingkat terbabit.

Katanya, pihak bomba menerima laporan kejadian pada jam 1.30 tengah hari sebelum anggota dan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kajang dan BBP Bangi dihantar ke lokasi.

“Kebakaran membabitkan bilik yang menempatkan kucing peliharaan di kediaman itu dengan kerosakan dianggar 15 peratus.

“Api berjaya dipadamkan oleh anggota bomba dalam beberapa minit,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Related Articles

Morni berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kebakaran.

Difahamkan, ada kucing peliharaan keluarga Ahmad Zahid dilaporkan lemas akibat kebakaran itu dan ada yang terselamat, namun bilangannya tidak didedahkan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button