POLITIK

UMNO tekad bela nasib pekerja gig – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi jaminan akan memperjuangkan nasib hak pekerja sektor ekonomi gig di negara ini.

Menurut Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO, memorandum penubuhan Suruhanjaya Ekonomi GIG (SEGiM) yang diserahkan oleh pekerja-pekerja gig sudah diterima oleh beliau.

“Jadi hari ini bukan sekadar hanya hantar memorandum, tetapi ucapkan terima kasih kepada UMNO kerana membawa inisiatif menubuhkan Suruhanjaya Ekonomi GIG Malaysia bagi mengawal selia ekosistem industri gig.

“Namun, saya melalui Pengerusi Biro Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan Kesatuan Sekerja, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin, sudah membawa perkara ini lebih awal.

“Insya-Allah UMNO akan memperjuangkan industri ekonomi ini di seluruh negara,” katanya.

Beliau berkata demikian setelah menerima memorandum daripada Presiden Persatuan Penghantar P-Hailing Malaysia (Penghantar), Zulhelmi Mandor di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, di sini pada Sabtu.

Semalam, dalam ucapan amanat Presiden, Ahmad Zahid telah mencadangkan  penubuhan SEGiM sempena Perhimpunan Agung UMNO 2023 (PAU 2023).

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button