Ikatan perkahwinan Fazley Yaakob, Azrene Anmad terlerai
KUALA LUMPUR – Selepas 18 tahun, mahligai perkahwinan yang dibina penyanyi yang juga chef selebriti, Datuk Fazley Yaakob dan Azrena Soraya Abdul Aziz terlerai sejak beberapa bulan lalu.
Fazley berkata, beliau dan isterinya atau lebih dikenali sebagai Azrene Ahmad telah sah bercerai dan bekas isterinya itu sudah selesai menjalani tempoh iddah beberapa bulan lalu.
“Keputusan untuk bercerai telah diambil atas persetujuan bersama selepas 18 tahun bergelar suami isteri dan saya sendiri telah memfailkan penceraian.
“Semoga dengan adanya pengumuman ini, tidak akan ada lagi kekeliruan tentang hubungan kami berdua selepas ini,” katanya dalam satu kenyataan.
Tambah Fazley, 46, hubungannya dengan bekas isterinya kekal baik seperti sewaktu mereka mula-mula berkenalan dahulu.
Malah empat anak mereka iaitu Ahmad Fariedz Shah, 15, Ahmad Fieradz Shah, 14, dan Ahmad Fierudz Shah, 13, dan Alayna Selma 7 tahun kini dalam penjagaan bersama.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |














