HIBURAN

Harith, Dr Jezamine sah bercerai

KUALA LUMPUR – Pelawak terkenal Harith Iskander, 58, dan isterinya, Dr Jezamine Lim, 41 sah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan di sini, hari ini.

Peguam Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Dr Jezamine berkata, Harith melafazkan cerai talak satu pada jam 12.05 tengah hari tadi.

Beliau berkata, permohonan perceraian bersama itu dibuat mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984 dan dibenarkan Hakim Syariah Siti Noraini Mohd Ali.

“Selain itu, tuntutan nafkah anak diselesaikan dengan baik mengikut seksyen 73 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984,” katanya ketika ditemui media.

Sebelum itu, Akberdin memohon prosiding berjalan secara tertutup dengan alasan anak guamnya dan defendan tidak mahu prosiding itu dilakukan dengan kehadiran orang awam.

Dalam pada itu mengulas mengenai hak penjagaan anak atau hadhanah, Akberdin berkata, kes itu akan didengar pada minggu hadapan di mahkamah tinggi.

Ditanya mengenai alasan perceraian pasangan selebriti itu, Akberdin berkata, ia kerana tiada lagi sefahaman antara mereka.

Dr Jezamine memfailkan permohonan perceraian di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan pada 8 Julai lalu.

Harith dan Dr Jezamine mendirikan rumah tangga pada 12 Jun 2010.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga cahaya mata, Zander Xayne, 14, Alessandra Jayne, 11, dan Zydane Zayne, 9.

 

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button