BERITA SEMASA

Isteri Faisal Halim sahkan fail permohonan cerai

KUALA LUMPUR – Spekulasi mengenai kemelut rumah tangga bintang Selangor, Faisal Halim, terjawab apabila isterinya, Nur Syazwani Mizuana Shahril mengesahkan telah memfailkan permohonan cerai terhadap pemain itu, hari ini.

Perkara itu didedahkan Nur Syazwani menerusi satu hantaran di ‘Instagram Story’ yang menyatakan luahan hatinya berhubung status perkahwinan mereka.

Faisal Halim
Tangkap layar Instagram Story milik Nur Syazwani.

Terdahulu, papan info Mahkamah Rendah Syariah Klang turut memaparkan nama pasangan berkenaan pada sebutan kes yang berlangsung hari ini.

Sementara itu, semakan di akaun Instagram Faisal mendapati gambar isterinya telah dipadam, sekali gus menimbulkan pelbagai persoalan dalam kalangan peminat di ruangan komen.

Sebagai rekod, Faisal atau lebih dikenali sebagai Mickey, mendirikan rumah tangga dengan Nur Syazwani pada 9 Mac 2019 dan pasangan itu dikurniakan seorang anak lelaki bernama Khalish Aryan.

Ketika ini, Faisal bersama skuad Harimau Malaya sedang menjalani persiapan menjelang dua aksi persahabatan antarabangsa menentang Singapura pada Khamis dan Palestin pada Isnin depan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button