Berita SemasaDalam Negeri

Khidmat Amiruddin Abdul Satar sebagai Pengarah Besar FELDA berakhir hari ini

KUALA LUMPUR – Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) mengumumkan penamatan khidmat Datuk Amiruddin Abdul Satar sebagai Pengarah Besar berkuatkuasa hari ini.

Jabatan Komunikasi Strategik FELDA dalam kenyataannya berkata, Amiruddin yang mempunyai pengalaman lebih 30 tahun dalam bidang kewangan dan perniagaan dilantik menjawat jawatan itu pada 15 Oktober 2020.

Sepanjang tempoh khidmat, bekas Presiden KPJ Healthcare Berhad itu telah memimpin FELDA melalui pelbagai cabaran dengan penuh dedikasi dan visi yang jelas terutama dalam tempoh pascapandemik Covid-19.

Antara inisiatif penting yang dilaksanakan beliau adalah merangka pembangunan model FELDA yang baharu melalui Kertas Putih : Ke Arah Kelestarian FELDA.

“Penyertaan beliau di dalam organisasi itu juga berjaya memulihkan kewangan FELDA melalui langkah pembaharuan dan pengurusan cekap.

“Pendekatan tegas beliau dalam kawalan kos dan peningkatan hasil operasi meletakkan FELDA kembali di landasan yang stabil,” katanya.

Sempena berakhirnya khidmat Amiruddin, seluruh warga FELDA merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas perkhidmatan cemerlang yang dicurahkan sepanjang tempoh mengetui FELDA.

“Asas yang dibina ini diharap akan menjadi panduan untuk kejayaan FELDA pada masa hadapan,” menurut kenyataan itu lagi.

Show More

Related Articles

Back to top button