BERITA SEMASA

3 penuntut UiTM maut dirempuh: Menteri rakam ucapan takziah

PUTRAJAYA – Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir  merakamkan ucapan takziah di atas kemalangan maut yang mengorbankan tiga penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Dungun, Terengganu semalam.

“Mendapat perkhabaran duka, tiga orang pelajar UiTM Dungun yang terlibat dalam kemalangan lewat petang tadi dan telah kembali ke rahmatullah.

“Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Khairil Anwar Jamaludin, Allahyarham Muhammad Akmal Md Tukirin dan Allahyarham Ku Adib Aizad Ku Azmi.

“Semoga roh kesemua mereka dicucuri rahmat Allah dan ditempatkan bersama mereka yang beriman. Semoga seluruh ahli keluarga tabah dan sabar menempuhi ujian ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8 malam itu tiga penuntut universiti itu maut manakala seorang lagi seorang cedera parah, selepas dirempuh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) selepas pulang daripada menjalani aktiviti riadah petang berhampiran UiTM itu.

SUV yang merempuh mangsa dipandu seorang wanita berusia dalam lingkungan 40-an.

Mangsa yang parah dikenali sebagai Amar Danish Mohd Ridwan, 20 tahun.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button