
2 pelajar Politeknik Muadzam Shah maut dalam kemalangan di Palong 16
JEMPOL – Dua daripada pelajar Politeknik Muadzam Shah, Pahang maut apabila Proton Axia dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori di kilometer 33, Jalan Bahau-Keratong, berhampiran stesen minyak Palong 16, di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 3.40 petang itu, mangsa, Chen Pui Xia, 22, beralamat di Sungkai, Perak, cedera parah di kepala dan patah peha kanan disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik di tempat kejadian.
Seorang lagi yang maut adalah penumpang belakang, Norsyahira Rahmat, 23, beralamat di Bandar Baru Salak Tinggi Sepang Selangor akibat kecederaan parah di kepala dan patah kaki kanan juga disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Penumpang hadapan pula, Nur Syafikah Shuib, 21, yang beralamat di Kepala Batas, Pulau Pinang pula mengalami kecederaan patah kaki kanan dan menerima rawatan di Zon Merah Hospital Jempol.
“Kenderaan yang dinaiki tiga pelajar politeknik iniadalah kenderaan yang di sewa di sekitar Muadzam, Pahang.
“Difahamkan kesemuanya dalam perjalanan pulang ke politeknik tersebut dari Selangor,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Chang Hook berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika pemandu lori berusia 47 tahun memandu berseorangan dari arah Keratong menghala ke Bahau.
Menurut beliau, pemandu lori kitu mendakwa semasa melalui jalan menuruni bukit, sebuah kenderaan Perodua Axia dari arah bertentangan masuk ke laluan lori berkenaan tanpa memberi sebarang isyarat lalu berlaku perlanggaran.
“Dalam kejadian ini, terdapat saksi bebas juga menyatakan kereta Perodua Axia telah masuk ke laluan bertentangan. Kesan calar perlanggaran pertama juga berada di laluan lori menghala ke arah Bahau,” katanya.
Kata beliau, pemandu lori bagaimanapun tiada mengalami apa-apa kecederaan dan kedua-dua mayat di bawa ke Hospital Jempol bagi tujuan bedah siasat esok dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








