Penunggang motosikal maut nahas di Bukit Putus
SEREMBAN – Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditungganginya dipercayai melanggar bahagian belakang sebuah kenderaan yang tidak dikenal pasti dalam kemalangan di Jalan Seremban–Kuala Pilah berhampiran Bukit Putus, semalam.
Ketua Polis Daerah Seremban, Superintenden Muhd Amru Yazid bin Anuar berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 2.40 petang melibatkan mangsa berusia 36 tahun yang menunggang motosikal jenis Yamaha dari arah Pajam menuju ke Kuala Pilah.
“Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai melanggar bahagian belakang sebuah kenderaan yang tidak pasti sebelum terjatuh di atas jalan.
“Akibat kemalangan itu, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Insp. Nor Fadzilah binti Mohd Zainuddin di talian 019-4611794 atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








