Pelajar IPT direman empat hari bantu siasatan kes mayat bayi ditemukan di rumah sampah
KUALA LANGAT – Seorang pelajar perempuan sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) direman selama empat hari bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang bayi perempuan di rumah sampah asrama institusi berkenaan, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Mohd Akmalrizal Radzi berkata, perintah reman terhadap remaja berusia belasan tahun itu bermula semalam sehingga 28 Julai.
“Reman pelajar itu dibenarkan mahkamah selama empat hari bermula 25 hingga 28 Julai. Siasatan lanjut berhubung penemuan mayat bayi perempuan itu masih dijalankan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan.
Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat di talian 03-31872222 atau tampil ke mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
Terdahulu, media melaporkan sebuah IPT di daerah itu dikejutkan dengan penemuan mayat seorang bayi perempuan yang dibalut dengan kain di rumah sampah asrama pada pukul 12.20 tengah hari.
Susulan penemuan tersebut, polis berjaya mengesan dan menahan seorang pelajar yang dipercayai merupakan ibu kepada bayi berkenaan bagi membantu siasatan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |

















