JENAYAH & MAHKAMAH

Polis buru suspek bunuh pelajar di Cyberjaya

CYBERJAYA – Polis Sepang difahamkan sedang sedang memburu suspek yang terlibat dalam kes bunuh seorang pelajar sebuah intitusi pengajian tinggi (IPT) swasta, di sini semalam.

Dalam kejadian itu, mangsa seorang pelajar berusia 20 tahun ditemukan tidak bernyawa dalam bilik kediamannya di sebuah kondominium di sini.

Siasatan di tempat kejadian turut mendapati beberapa barangan peribadi termasuk wang tunai milik mangsa berkenaan hilang.

Selain itu, siastaan turut mendapati tiada kamera litar tertutup (CCTV) CCTV dipasang di sepanjang koridor kondominium, manakala CCTV di dalam lif didapati rosak dan tidak berfungsi.

BERITA LANJUT MENYUSUL

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button