Khabib nyatakan hasrat buka pusat latihan di Malaysia
KUALA LUMPUR – Legenda dunia seni bela diri campuran (MMA), Khabib Nurmagomedov menyatakan hasrat untuk membuka pusat latihan kelab ‘Khabib Nurmagomedov’ di Malaysia.
Bekas petarung Ultimate Fighting Championship (UFC) berusia 36 tahun itu berkata, dia berasa teruja apabila menjejaki kaki buat pertama kali di negara ini, selain mengakui sudah lama menyimpan hasrat untuk datang ke Malaysia dan kini impiannya tercapai.
“Saya sudah lama hendak datang ke sini dan akhirnya ia tercapai selain timbul idea untuk membuka gimnasium di negara ini.
“Saya pernah berada di Indonesia dan kami memikirkan perkara ini. Mengapa tidak, jika kami buka gimnasium di sini dan bawa jurulatih-jurulatih yang hebat? Ia pasti menjadi idea yang baik untuk semua peminat MMA di Malaysia,” kata atlet kelahiran Dagestan, Rusia itu yang tidak pernah tewas dalam kejuaraan UFC.
Dia berkata demikian selepas menemui peminatnya dalam acara ‘Khabib Nurmagomedov Live in Malaysia’ di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur di sini semalam.
Turut hadir penganjur acara merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Faith Events, Khairul Amar Razali

Sebelum itu, Khabib muncul dalam program bual bicara itu yang menampilkan Alif Satar sebagai pengacara dan bintang muda muay thai negara, Johan Ghazali atau Jojo sebagai tetamu khas.
Khabib Nurmagomedov Live in Malaysia anjuran Faith Events itu telah menarik kehadiran seramai 1,500 orang dan turut diserikan dengan persembahan khas yang mempamerkan tradisi seni mempertahankan diri Malaysia yang kaya dan sukan tempur global.
Para hadirin juga disajikan ddengan persembahan silat, MMA dan muayh thai oleh Discover Muay Thai, Team Strive MMA Putrajaya, Kelab Muay Thai Singa Malaya dan Gerak Penchak Gayarasa.n Islam, Faith Events 2024.

Sementara itu, Khabib merupakan antara atlet sukan paling berpengaruh di dunia dan memiliki 37 juta pengikut di Instagram.
Dia memulakan latihan seni mempertahankan diri sejak kecil di bawah bimbingan arwah bapanya, Abdulmanap Nurmagomedov.
Lebih mengagumkan, Khabib membuat penampilan sulung UFC pada 2011 dan bersara sebagai juara kelas lightweight yang tidak pernah kalah pada 2021 dengan rekod menakjubkan 29-0.
Khabib juga dianggap salah seorang petarung yang paling dominan dalam sejarah sukan UFC dan pada Julai 2022 dia telah tersenarai dalam UFC Hall of Fame.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








