Berita Semasa

Malaysia-China tandatangani MoU, tingkat kerjasama bidang penyiaran

BEIJING – Malaysia menandatangani satu memorandum persefahaman (MoU) untuk meningkatkan kerjasama bidang media dan penyiaran melibatkan kedua-dua negara.

Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, fokus perbincangan itu adalah dengan menonjolkan budaya, ekonomi, pelancongan serta makanan termasuk durian antara kedua-dua negara.

“Saya sudah minta pihak RTM meneruskan perbincangan dengan agensi sejawat di China supaya kita boleh mengetengahkan keunikan Malaysia di mata dunia.

“Ini bertepatan dengan peranan Malaysia sebagai bakal pengerusi ASEAN tidak lama lagi, selain Tahun Melawat Malaysia 2026 yang menganggarkan ketibaan 26.1 juta pelancong asing,” katanya dalam satu hantaran dalam laman media sosialnya hari ini.

Terdahulu, Fahmi bertemu Menteri Pentadbiran Radio dan Televisyen Nasional China (NRTA), Cao Shumin ketika tiba di Beijing bagi lawatan kerja ke negara itu.

Dalam pada itu, beliau berharap melalui MoU itu, lebih banyak kerjasama dalam penghasilan kandungan kreatif dapat diusahakan, selain penganjuran pelbagai aktiviti dan program bagi mengeratkan persahabatan kedua-dua negara yang menyambut ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik tahun ini.

 

Show More

Related Articles

Back to top button