Berita Semasa

Adik Allahyarham Nik Aziz meninggal dunia

KOTA BHARU – Adik kepada Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat meninggal dunia hari ini selepas lebih empat bulan terlantar sakit.

Pemergian Allahyarham yang juga merupakan tokoh ulama di Kelantan dikongsi oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.

“Berita duka kembalinya menemui pencipta tokoh ulama Kelantan, Tuan Guru Nik Razi Nik Mat pada pagi ini 26 Ramadan 1444 hijrah setelah diuji sakit terlantar hampir 4 bulan.

“Almarhum yang juga merupakan adinda kepada Almarhum Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah memberi sumbangan yang begitu besar khususnya dalam bidang dakwah dan pendidikan kepada masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu katanya, bagi pihak kerajaan negeri, beliau turut merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarganya almarhum.

Semoga Allah SWT membalas segala jasa yang dicurahkan, mengampunkan dan merahmatinya disisi para solehin,” katanya.

Show More

Related Articles

Back to top button