Vokalis lagu Karam, Malek Zabarjad meninggal dunia
KUALA LUMPUR – Penyanyi kumpulan rock Zabarjad, Ab Malek Mohd Amil @ Mohd Amir, 55, meninggal dunia di rumahnya di PPR Melana Indah, Taman Melana, Johor, jam 6.30 petang tadi.
Berita sedih itu dikongsi oleh Pengerusi Persatuan Karyawan Malaysia Negeri Melaka dan ahli jawatankuasa Karyawan Melaka, Datuk Zainal Abu Bakar menerusi akaun Facebook miliknya.
“Assalamualaikum semua. Dukacita dimaklumkan bahawa sahabat saya, Malek penyanyi lagu Karam bersama kumpulan Zabarjad telah kembali ke negeri abadi di rumahnya,” katanya.
Dalam pada itu, berita duka itu turut dikongsi oleh vokalis Nizam Laksamana.
“Baru dapat berita, sahabat saya Malek Zabarjad telah meninggal dunia. Mohon kawan-kawan sedekahkan Al Fatihah keatas Almarhom. Mudah-mudahan Allah SWT ampuni dan rahmati Allahyarham,” katanya.
Allahyarham sebelum ini terlantar di rumahnya selepas diserang penyakit angin ahmar.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








