LUAR NEGARA

11 kes MPox ditemukan di Jakarta

JAKARTA – Pejabat Kesihatan Jakarta mengesahkan sekurang-kurangnya 11 kes cacar monyet (MPox) ditemukan di beberapa daerah kecil di wilayah itu setakat tahun ini.

Menurut Pemangku Ketua BHahagian Pencegahan dan Kawalan Penyakit, Dr Maryati Kasiman, kes terbaharu dilaporkan pada Jun lalu.

“Sembilan daripada kes itu membabitkan penduduk Jakarta manakala dua lagi dari luar wilayah ini. Kes terbaru dikenal pasti pada Jun,” kata Dr Maryati menurut laporan portal Detikdotcom.

Kes yang dilaporkan merangkumi lapan mukim iaitu Pasar Minggu, Ciracas, Grogol Petamburan, Jatinegara, Kebon Jeruk, Matraman, Tanah Abang dan Tanjung Priok.

Kesemua individu yang terjejas berumur antara 21 hingga 50 tahun dengan kes pertama dilaporkan pada 22 Januari melibatkan seorang wanita dijangkiti HIV dan jangkitan penyakit kelamin, diikuti kes seterusnya pada 7 Februari.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) baru-baru ini mengisytiharkan MPox sebagai kecemasan kesihatan awam global buat kali kedua dalam tempoh dua tahun, menekankan kebimbangan global yang berterusan terhadap penyakit itu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button