Vietjet perkenal laluan baharu terus ke Jakarta
KUALA LUMPUR – Syarikat penerbangan, Vietjet melancarkan penerbangan terus ke Jakarta, Indonesia mulai 5 Ogos ini.
Menurut Vietjet dalam satu kenyataan, laluan baharu ini menandakan satu lagi pencapaian penting bagi syarikat penerbangan itu sebagai usaha untuk mengembangkan sayapnya di seluruh dunia terutamanya di ASEAN.
“Vietjet akan mengendalikan penerbangan pergi balik setiap hari antara Ho Chi Minh City ke Jakarta dengan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Tan Son Nhat di Bandar Ho Chi Minh pada dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta (CGK) di Jakarta.
“Sementara itu penerbangan pulang akan berlepas dari Jakarta pada jam 1.30 (waktu tempatan) dan tiba di Bandar Ho Chi Minh pada jam 4.40 (waktu tempatan).

“Penumpang ke dan dari Kuala Lumpur ke Jakarta kini mempunyai satu lagi penerbangan harian pilihan dengan transit di Bandar Ho Chi Minh. Dengan beroperasi setiap hari, penerbangan antara Kuala Lumpur dan Ho Chi Minh City akan memberikan penumpang lebih fleksibiliti dan penerbangan alternatif laluan ke Jakarta,” katanya.
Dalama pada itu, katanya, Vietjet juga kini mengendalikan dua perkhidmatan ke Indonesia, dengan 3 penerbangan pergi balik setiap hari antara Bandar Ho Chi Minh dan Bali, dan satu penerbangan pergi balik setiap hari antara Hanoi dan Bali.
Dengan penambahan laluan ke Jakarta, Vietjet akan mengendalikan tiga laluan penerbangan komersial dari Vietnam ke Indonesia mulai Ogos ini.
“Untuk meraikan pelancaran perkhidmatan baharu ini ke Jakarta, Vietjet menawarkan promosi super-deal setiap hari Rabu, Khamis, dan Jumaat dengan tambang bermula dari serendah RM0 (tidak termasuk cukai dan surcaj).
“Promosi ini terpakai untuk seluruh rangkaian penerbangan antarabangsa Vietjet, termasuk laluan Kuala Lumpur – Ho Chi Minh. Penumpang boleh menempah tiket promosi mereka di www.vietjetair.com dan aplikasi Vietjet Air untuk perjalanan antara 10 Ogos 2023 hingga 31 Mac 2024 (tidak termasuk cuti umum),” katanya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








