Berita Semasa

[VIDEO] Lebih banyak kerusi, skrin LED disediakan pada sambutan tahun ini – Fahmi

PUTRAJAYA – Lebih banyak kerusi dan skrin LED dipasang bagi kemudahan penonton sempena sambutan Hari Kebangsaan di Putrajaya pada 31 Ogos ini.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, langkah itu merupakan antara penambahbaikan yang akan disediakan bagi menampung kebanjiran penonton pada sambutan kali ini.

@malaysiatribune

Lebih banyak kemudahan disediakan pada sambutan hari kebangsaan 2024 di Putrajaya nanti. #malaysiatribune #harikebangsaan2024

♬ original sound – malaysia tribune – malaysia tribune

“Jumlah pengunjung tahun lalu kira-kira 100,000 dan kita optimis jumlahnya bertambah tahun ini, kita sediakan tempat duduk lebih banyak dan skrin LED.

“Selain itu, kita akan turut menyediakan mod pengangkutan lain (bagi memduahkan pergerakan ke lokasi sambutan) seperti teksi air selain boleh buat glamping,” katanya.

Fahmi berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Sumbangan Penajaan oleh Rakan Strategik Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) Tahun 2024, di sini hari ini.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan HKHM 2024 berkata, beliau menjangkakan sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini lebih meriah dan masalah internet di lokasi sambutan akan lebih baik.

Show More

Related Articles

Back to top button