BERITA SEMASAKEMENTERIAN KOMUNIKASI

Fahmi seru rakyat terus hasilkan kandungan kreatif sokong Palestin

KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia diseru memperhebatkan solidariti terhadap Palestin dengan menghasilkan kandungan kreatif di media sosial yang membawa mesej pembebasan negara itu.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, netizen Malaysia terbukti antara yang paling konsisten dan berkesan dalam menyuarakan sokongan melalui pelbagai pendekatan, termasuk penggunaan tanda pagar popular seperti #IsraelCuak dan #IsraelKoyak.

Fahmi ketika merasai pengalaman memakai alat VR Gaza Time Tunnel bagi menyaksikan momen perjuangan rakyat Palestin pada program tersebut.

“Saya lihat netizen kita sangat kreatif. Usaha sebegini masih diperlukan, terutama bagi memastikan mesej pembebasan Palestin terus bergema di seluruh dunia,” katanya selepas merasmikan pameran realiti maya (VR) Gaza Time Tunnel sempena Karnival Sumud Nusantara di Dataran Merdeka, hari ini.

Menurutnya, selain berdoa dan menghadiri program solidariti, rakyat Malaysia boleh memainkan peranan melalui penghasilan kandungan digital berimpak tinggi di platform media sosial.

“Kita mahu Palestin merdeka tanpa syarat, itu pendirian teguh kita sejak sekian lama,” tegasnya.

Terdahulu, Fahmi turut mencuba pengalaman VR Gaza Time Tunnel yang memaparkan momen ikonik perjuangan rakyat Gaza termasuk kisah tokoh besar seperti Sheikh Ahmad Yassin, Ismail Haniyeh dan Yaya Sinwar.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif MAPIM, Datuk Dr. Sani Araby Al-Kahery dan Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM), Nadir Al-Nuri Kamaruzaman.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button