Berita Semasa

Anifah tekad bawa pengalaman sebagai Menteri Luar dalam Dewan Negara

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anifah Aman melahirkan penghargaan kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibarhim di atas pelantikannya sebagai Ahli Dewan Negara (Senator).

Beliau berkata, peluang dan ruang itu akan digunakan untuk membantu membangunkan negara dan rakyat Malaysia.

“Saya komited untuk menegakkan prinsip demokrasi, tadbir urus yang baik, dan kedaulatan undang-undang dan akan bekerja tanpa jemu ke arah kebaikan negara dan kesejahteraan semua rakyat Malaysia.

“Sebagai bekas Menteri Luar, saya akan membawa bersama pengalaman dan pengetahuan ke Dewan Negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Anifah berkata, beliau juga berharap dapat menyumbang kepada perbincangan yang lebih bermakna dalam usaha membentuk masa depan Malaysia dan mengukuhkan kedudukannya di persada global.

Show More

Related Articles

Back to top button