BERITA SEMASA

Rakyat Malaysia di UK dinasihat jauhi kawasan protes

PUTRAJAYA – Rakyat Malaysia yang menetap atau berkunjung ke United Kingdom (UK) dinasihatkan untuk menjauhi kawasan protes, sentiasa berwaspada dan mengikuti perkembangan terkini serta panduan diberikan pihak berkuasa tempatan.

Wism Putra dalam satu kenyataan berkata, pihaknya sedang memantau rapat siri protes yang berlaku di UK, susulan insiden tikam di Southport pada 29 Julai.

“Rakyat Malaysia yang belum berdaftar dengan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London amat digalakkan untuk melakukannya segera bagi memastikan mereka menerima maklumat dan bantuan yang tepat pada masanya,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Menurut Kementerian Luar lagi, rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London di alamat 45 – 46 Belgrave Square, London, UK atau telefon +44 20 3931 6196 atau +44 20 7235 8033 atau e-mel di mwlondon@kln.gov.my.

Sebarang perkembangan terkini mengenai kejadian ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button