BERITA SEMASAPMX

Qunut Nazilah bukan alat politik – PM Anwar

IPOH – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas pihak yang menggunakan doa Qunut Nazilah sebagai alat politik.

Beliau berkata, doa berkenaan sepatutnya digunakan pada jalan yang betul untuk kebaikan dan bukan mendoakan keburukan kepada pihak lain.

“Doa ini bukan politik sebab itu mufti beri pandangan. Ini kata kita tak setuju doa… siapa kata kita tidak setuju doa?

“Hari-hari kita doa, lepas solat kita doa, tapi bukan doa melaknat orang lain,” katanya ketika berucap pada Majlis Kenduri MADANI di Taman Koperasi Perpaduan 2, Tambun, di sini hari ini.

Pada persidangan Dewan Rakyat baru-baru ini, dilaporkan ahli Parlimen pembangkang membaca Qunut Nazilah selepas Dewan Rakyat menggantung Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad selama enam bulan.

Bacaan doa itu diketuai Ahli Parlimen Jasin daripada PAS, Zulkifli Ismail yang juga Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button