Tiada lagi cukai percuma untuk kenderaan mewah bernilai RM300,000 ke atas di Langkawi, Labuan
KUALA LUMPUR – Kerajaan akan mengehadkan pengecualian cukai kenderaan di Langkawi dan Labuan hanya kepada kenderaan bernilai tidak melebihi RM300,000 bermula 1 Januari 2026.
Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah tersebut diambil selepas kerajaan mendapati terdapat pemilik kenderaan mewah yang mengambil kesempatan terhadap kemudahan pengecualian cukai di kedua-dua wilayah bebas cukai berkenaan.
Menurut beliau, tindakan itu penting bagi mengekang ketirisan hasil negara serta memastikan manfaat pengecualian cukai diberikan secara saksama.
“Terdapat pemilik kenderaan mewah yang kian lama mengambil kesempatan terhadap pengecualian cukai kenderaan di Langkawi dan Labuan.
“Bagi menangani ketirisan tersebut, kerajaan bercadang supaya pengecualian cukai kenderaan di Langkawi dan Labuan dihadkan kepada nilai kenderaan tidak melebihi RM300,000,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat hari ini.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








