Luar Negara

Korea Utara berjaya terbangkan peluru berpandu dengan peledak super

SEOUL – Korea Utara melaporkan berjaya menguji peluru berpandu balistik taktikal baharu yang berupaya membawa peledak seberat 4.5 tan semalam.

Menurut agensi berita KCNA, dalam ujian dua jenis peluru berpandu itu, satu disahkan berjaya manakala satu lagi gagal selepas meletup di ruang udara sebaik selepas dilancarkan.

Ujian peluru berpandu Hwasongpho-11 Da-4.5 itu dilakukan dengan peledak yang disimulasikan dengan teknologi pengesahan kestabilan dan ketepatan penerbangan.

Bagaimanapun Jurucakap Ketua Staf Korea Selatan, Kolonel Lee Sung-jun berkata, ujian peluru berpandu tersebut mungkin satu penipuan kerana salah satu daripadanya terbang secara tidak normal dan mendarat di kawasan tidak jauh dari Pyongyang.

Menurut laporan KCNA, Korea Utara akan mengadakan ujian peluru berpandu yang sama pada bulan ini untuk menguji kemampuan peledak super mereka.

Peluru berpandu Hwasongpho-11, atau Hwasong-11, merupakan siri peluru berpandu balistik jarak pendek yang juga dikenali sebagai KN-23 dan KN-24.

Show More

Related Articles

Back to top button