Sukan

Copa America: Messi bantu Argentina tewaskan Kanada 2-0

ATLANTA – Pemain bintang dunia, Lionel Messi menjadi watak penting kemenangan pertama Argentina dalam perlawanan pembukaan Copa America menentang pendatang baharu, Kanada pagi tadi.

Messi yang akan mencecah usia 36 tahun, tiga hari lagi membantu Julian Alvarez untuk mencetak gol pertama ketika membantu Argentina menewaskan Kanada 2-0 di Stadium Mercedes-Benz, Amerika Syarikat.

Bintang Inter Miami itu sendiri mempunyai beberapa peluang menarik tetapi gagal melepasi halangan terakhir berdepan penjaga gol.

Namun, umpanannya kepada Martinez pada minit ke-88 dimanfaatkan untuk kedudukan 2-0.

Saingan Copa America 2024 bermula hari ini hingga 15 Julai depan.

Kejohanan bola sepak negara tertua di dunia ini memasuki edisi ke-48 dengan Amerika Syarikat dipilih sebagai tuan rumah.

 

Show More

Related Articles

Back to top button