BERITA SEMASA

Kenderaan rempuh tiang elektrik, seorang remaja maut

GUA MUSANG – Seorang remaja perempuan maut selepas kereta dipandu abangnya terbabas dan merempuh tiang elektrik di Kilometer 17 Jalan Gua Musang-Kuala Krai, di sini pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.35 pagi itu, Huda Wafiah Eswady, 14, meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala ibunya cedera parah dan menerima rawatan di Hospital Gua Musang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gua Musang, Penolong Kanan Penguasa Bomba Nor Azizi Che Noh berkata, abang mangsa bersama dua lagi ahli keluarga hanya cedera ringan.

“Terdapat seorang remaja perempuan yang tersepit dalam kenderaan, manakala seorang lagi penumpang belakang mengalami cedera parah dan tiga lagi cedera ringan.

“Mangsa yang mengalami cedera parah dan cedera ringan dihantar ke Hospital Gua Musang menggunakan kenderaan Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya.

Jelas beliau, mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan menggunakan peralatan khas namun disahkan meninggal dunia oleh kakitangan KKM terbabit.

“Mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi tamat pada pukul 8.20 pagi,” katanya.

Terdahulu, beliau berkata pihaknya menerima panggilan berhubung insiden membabitkan sebuah kereta jenis Toyota Hilux itu pada pukul 7.17 pagi tadi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button